Archive for August 27th, 2007

Nisfu’ Syaa’ban

Assalamualaikum pada hadirin & hadirat…

 Nisfu’ Syaaban merupakan malam yg penuh berkat danrahmat selepas malam lai’latul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan leh Imam Al Baihaqi r.a

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahn diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yg baru. Catatan pertama yg akan dicatatkan dibuku yg baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib. 15 Syaa’ban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja waktu maghrib.

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Syaa’ban

1.Solat sunat nisfu sya’aban – terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini. Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allahii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi

Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam