Suami curang tapi dengan…

TOLONGGGG… Sebelum terlambat!!! TOLONGGGGG
Assalamualaikum… Kisah hangat yg ridhwan maseh ingat hingga pagi ini ialah kisah smlm yg KC berkongsi dalam Misteri Jam 12…
Selamat pagi KC. Kakak hanya ingin dikenali sebagai Siti sahaja bukan nama sebenar kakak KC.

Perkara yang kakak nak berkongsi ini adalah berkenaan suami kakak. Masalah ini masih lagi berlaku dan kakak tak tahu bagaimana hendak mengatasinya KC. Lebih kurang seminggu yang lalu suami kakak telah ke Batam bila kakak dengar sahaja dia nak ke sana kakak rasa tak menentu bukanlah kakak pandang negatif terhadap penduduknya tetapi kakak rasa tak sedap hati takut suami digoda wanita lain. Tapi kakak harus akur, suami kakak pergi untuk 5 malam dan dia beritahu kakak untuk tujuan bisnes dan tidak berselindung dengan kakak. Setiap waktu dan malam dia akan talipon tanya khabar. Kakak sebagai seorang isteri pun lega dibuatnya.

Perkara pelik mula berlaku setelah suami pulang hari Jumaat yang lalu (13 Feb 2009). Malamnya kakak nak tidur tapi suami kakak minta kakak tidur di bilik sebelah. “Ma, untuk seminggu nie biar baba tidur sorang dalam bilik nie ah. Baba ada sesuatu nak uruskan nanti baba bilang bila tiba masanya.” itulah yang suami kakak cakap. Apa nak buat KC dah arahan suami ikut sajalah.

Pada malam ketiga kakak rasa macam tak puas hati kenapa suami tak kasi tidur bersamanya kakak pun cuba selidik, kakak buka pintu bilik yang lupa dikuncinya terperanjat bila kakak ternampak suami sedang tidur disebelah hantu POCONG!! Dalam bilik tu bukan satu tapi kakak rasa ada lebih kurang 7 makhluk POCONG, satu tidur ditepi suami yang lagi 6 tidur berdiri dalam bilik itu. Terperanjat kakak dibuatnya. Kakak rasa takut dan runsing, kakak jumpa seorang pakar yang pernah kakak berubat dengannya satu ketika dahulu. Pakar kata suami kakak menuntut ilmu batin dimana sebelum ilmu itu dapat diturunkan suami kena tidur dengan 7 macam pocong selama 7 malam. Pakar itu kata jagan tegur suami sebelum berkahir malam ketujuh.


KC kakak nak tanya patutkah kakak tegur suami kerana ia boleh memudaratkan kakak, kalau tunggu malam ketujuh malam terakhir dah terlambat dibuatnya. Apa yang perlu kakak lakukan?
Ridhwan ingin jawapan balas anda.

 

Advertisements

Istri Untuk Suamiku

istri-untuk-suamiku

Alhamdullilah, Sinetron yg digemari ramai oleh penonton Suria yg budiman telah akhir semalam malam. Semoga kita dapat banyak pelajari daripada mana yg baik dan mana yang buruk. Insya’allah kita dirahmati allah.. Amin

Buat sesiapa yg ketinggalan episode yg terakhir, Jgn lupa saksikan di Tv 3 pada hari Juma’at, Sabtu & Ahad pukul 6 ptg…

Pelakon yg hebat dari Indonesia : Gunawan, Inneke Koesherawati & Febi Febiola

Sekian, hingga peminat sinetron yg lain pula akan muncul di kaca tv.

Assalamualaikum….